Wednesday, March 26, 2003

Tidak sakit bukan bermakna kita benar-benar sihat. kesihatan unggul bukan sekadar bebas daripada sakit fizikal, tetapi turut meliputi ksihatan minda dan jiwa. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam langkah perawatan dan pencegahan penyakit agar kualiti hidup bertambah baik.

Secara ringkas, ada empat jenis tekanan yang biasa dialami iaitu tekanan fizikal (selepas aktiviti fizikal yang banyak), tekanan mental (menjejaskan perasaan emosi, angin dan sikap), tekanan oksidatif (akibat kehadiran radikal bebas dalam badan) dan tekanan metabolik (ketika sakit atau dalam proses penyembuhan).

Bagi mengurangkan tekanan, disyorkan pengambilan suplemen vitamin B kompleks, vitamin C dan zink. Vitamin B kompleks dapat meningkatkan antibodi dan menjaga kesihatan sistem saraf agar badan boleh berfungsi dibawah tekanan. Sesorang boleh mengetahui dia berada dalam keadaan tertekan jika dia mempamerkan simpton seperti sugul, marah, reaksi keterlaluan, sakit pinggang, bimbang, sakit otot, gangguan seks, tidak sabar, keletihan, makan berlebihan, melakukan banyak perkara serentak, gangguan emosi, merokok berlebihan, gangguan tidur dan sakit kepala.